Isnin, 9 Mei 2011

"Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."
Kekasihku,
Hari ini aku mengadu pada sang KEKASIH, pencipta kau dan aku. Aku ingin menjadi kekasihmu yang patuh pada sang KEKASIH. Aku mohon pada sang KEKASIH agar ditautkan hatiku dan hatimu agar kita bisa jadi sepasang kekasih yang diredhai sang KEKASIH.
Kekasihku sayang,
Aku ingin menjadi sandaran hatimu. Menenangkan tatkala kau kecewa atau terluka tapi aku tidak mahu kau lupa pada sang KEKASIH kerana aku terlalu kasih pada sang KEKASIH. Aku mahu kau menjadi kekasihku yang hebat tanpa melupakan sang KEKASIH.
Wahai kekasihku,
Aku kekasihmu yang akan berdoa saban waktu agar sang KEKASIH memudahkan perjalanan hidupku dan hidupmu. Aku kekasihmu tapi aku tak mampu membahagiakanmu setiap waktu, lalu aku mohon pada sang KEKASIH agar kekasihku bahagia dan dilimpahi cinta sang KEKASIH.
Kekasihku,
Aku tidak mahu kau jadi kekasih yang lemah. Janganlah kita tunduk pada hawa nafsu. Aku mahu jadi kekasih yang bernilai di mata kekasihku agar diredhai sang KEKASIH. Aku menyayangimu duhai kekasihku!
Wahai Kekasih,
Aku kekasihmu yang terlalu daif. Apa yang ada padaku adalah hak milik sang KEKASIH. Aku ingin jadi kekasihmu yang tahu erti syukur dan aku juga mahu kekasihku selalu bersyukur.
Cinta kerana Allah adalah cinta yang aku cari, kerana cinta kerana-Nya adalah CINTA yang diredhai dan jika cinta tanpa redha ibu bapaku, maka tiadalah redha Ilahi dan aku rela untuk memutuskan hubungan cintaku andai mereka tidak redha dengan cintaku kerana aku perlukan cinta yang diredhai kerana kekasihku lah yang bakal bertakhta dihatiku dan menemaniku hingga ke hujung nyawaku.
Detik waktu terus berjalan berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa tergores bagai lukisan..
seribu mimpi berjuta sepi,hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa,dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu yang terindah dalam hidup...

Ahad, 8 Mei 2011

kehidupan

Apakah arti kehidupan ini…pernah kucari arti cinta sejati
namun yang kutemui hanyalah mimpi..
suatu mimpi kosong yang tak bertepi
apakah salah hati ini..
ingin memiliki sebuah cinta sejati..apakah arti sebuah persahabatan sejati
apakah itu juga sebuah mimpi..?
jika benar,
apalah arti semua ini..
sudah banyak hari kujalani
tanpa suatu tujuan yang pasti…semua seakan hanyalah ilusi..
ilusi yang tiada memiliki arti namun akhirnya satu hal kusadarihanya
Tuhan yang sungguh mengerti,
tentang semua arti kehidupan ini..
kekosongan hati ini tidak lagi diisi dengan benci..
tak ada yang lebih murni dari kesucian cinta Ilahi..

TENTANG KITA: ..hati...

..hati...

yaa..bukan allah tidak tahu hatimu cenderung pada si dia..bukan allah
tidak memahami kau selalu merinduinya..bukan allah tidak mengerti bayanganya
sering singgah dimindamu..semua itu fitrah..setiap fitrah ada peraturanya..kenapa???
supaya fitrahmu itu akan tersalur secara mulia dan diredhainya..bagaimana menghadapi 
ujian ini???agar fitrah tidak menjadi fitnah..agar fitrah tidak menjadi fitnah..agar fitrah mendapat berakh..
bagaimanakah caranya???kenalpasti dahulu tahap kesediaanmu,wahai remaja...dirimu sedang
bergelumang dengan pelajarankan??dirimu belum bersedia u berumah tanggakan??dirimu
sedang mempersiapkan dirikan??dirimu sedang mengutamakan prioriti yang lebih pentingkan??
kalu dirimu dalam situasi ini,jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk dengan mujahadah...
apabila angau bertandang...cepatlah beristighfar bukan kerna rindu itu suatu dosa sebaliknya
kerna bimbang zina hati akan menjalar so sibukkan diri dengan aktiviti2 yang boleh membina diri yg lebih baik....